Puteri Islam


Friday, 6 July 2012 posted at 02:13 | 0 words
Falsafah PPIM
[hover here]

FALSAFAH PPIM

Pergerakan Puteri Islam Malaysia adalah sebuah pergerakan berpakaian seragam yang bergerak pada peringkat Kebangsaan, Negeri dan Daerah di Universiti-universiti, Maktab-maktab Perguruan dan Sekolah-sekolah Menengah dan Rendah.  Aktiviti yang dijalankan sebagai Ko-Kurikulum secara formal dan tidak formal adalah bertujuan membimbing puteri-puteri ke arah penyuburan dan pengembangan potensi-potensi diri secara menyeluruh dan bersepadu demi mewujudkan insan PUTERI yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Allah S.W.T.  Usaha ini adalah bertujuan menterjemahkan ke dalam diri PUTERI ciri-ciri rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berupaya mencapai kesejahteraan diri serta mampu dan bersedia memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran bangsa, masyarakat dan negara selaras dengan ajaran Islam.


new →← past
Assalamualaikum, salam sejahtera :)
Selamat datang ke laman Pergerakan Puteri Islam Malaysia oleh popolalala krew. Terima kasih kerana sudi menjenguk. Jangan lupa tinggalkan jejak anda di tagboard kami :D


tagboard
-Tinggalkan jejak anda!-
Admin
Syam Qistina Alifa Xin Yin

Laman ini dikendalikan oleh 4 orang admin. Blog ini dicipta khas bagi memenuhi kehendak "Pertandingan Mencipta Blog atau Laman Web" yang dianjurkan oleh Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Inderawasih sempena Minggu Teknik dan Vokasional.

SMKTI PPIM KPM
Credits
Layout by mymostloved with script, background and image.
Best view: Google Chrome